26 Jan 2010

Alhamdulillah.......

Syukur... saya masih berkesempatan untuk menulis blog pada hari ini,... saya amat bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan yang masih baik. Minggu ini saya amat bersyukur walaupun dalam keadaan yang tidak sihat masih ada kekuatan untuk saya bersama rakan-rakan untuk menjalankan program untuk kerja kursus untuk semesta ini. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana banyak memberi kerjasama kepada pihak kami.
Ingat 5 perkara sebelum datagnya 5 perkara...."sihat sebelum sakit".. itulah yang terjadi kepada saya pada minggu ini...kesihatan saya pada minggu ini agak tidak baik.. sedikit sahaja tuhan menguji saya...sedikit sahaja ujian kesakitan yang diberikan kepada saya.. tetapi saya dapat merasakan sekasa yang teramat.. untuk melakukan kerja seharian saya dengan baik.. saya menyeru kepada rakan-rakan untuk sama-sama menjaga kesihatan..

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

20 Jan 2010

kemampuan yang terbatas..

asaalamualaikum .....
sudah beberapa hari saya tidak berkesempatan untuk menulis blog. terdapat beberapa hal yang perlu dilaksanakan pada minggu ini. Untuk makluman saya akan mengadakan kem kepimpinan bersama rakan-rakan pada 22 dan 23 januari ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Dato' Kamaruddin, behrang stesen. Terdapat banyak perkara yang harus dibuat sebelum kem dijalankan untuk memastikan program yang akan berlangsung berjalan dengan lancar. saya ditugaskan untuk membuat tempahan makanan semasa program berjalan. saya juga berterima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana bertungkus-lumus untuk mengadakan program kali ini. kerjasama antara ahli kumpulan merupakan elemen yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu program. mudah-mudahan program yang akan berlangsung pada hari jumaat dan sabtu ini berjalan dengan baik dan lancar. pada minggu ini juga saya begitu sibuk dalam mencari bahan untuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah.. walaupun kadang-kala terdapat sedikit perasaan malas dalam diri saya.. saya berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kerana saya adalah juara.... dan generasi hebat...
Kita semua dilahirkan tuk berjaya,
kita harus sedari siapa kita,kita semua handal,
kitalah juarabukan mudah untuk kita mencapainya,
kita harus tekun,
jangan putus asa,
walau betapa sukar halangan yang adaTakdir kita ,
kitalah penggubahnya,
Jangan biarkan sesiapa menidakkannyaBukalah mata jangan kau terlalu leka,
Kita semua hebat kitalah juaraJangan siakan setiap peluang yang ada,
Ku pedulikan sesiapa yang tak percaya,
Melangkaui kemampuan yang sedia ada,
Ku tahu diriku hebat akulah juara

14 Jan 2010

Selagi terdaya lakukan....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi.. dapat saya menyerpurnakan puasa sunat pada hari ini. walaupun berpuasa saya masih lagi mempunyai tenaga untuk menghadiri kuliah dan tanpa berasa sedikit pun keletihan... tumpuan yang diberikan dalam kelas dapat diberikan sepenuhnya tanpa ada rasa mengantuk dan bosan. teringat saya kepada arwah datuk .... puasa sunat pada bulan Rejab dan Sya'aban menjadi satu kebiasaan baginya walaupun sudah berusia 70 -an ketika itu hingga disaat kematianya dia masih lg berpuasa tetapi tidak sempat untuk berbuka. Arwah meninggal dunia pada bulan Rejab... Sekarang aku berasa malu kepada diri sendiri dan berusaha untuk berpuasa sunat seperti arwah datuk... orang tua mampu menunaikan puasa sunat apatah lagi aku.. seorang yang masih bertenaga dan mempunyai kesihatan yang baik.
1.Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
2. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
3.Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
4. Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq. Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bul
5. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Puasa bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

12 Jan 2010

tak mengira tua atau muda



12 JAN 10... aku menerima berita tentang kematian seorang sahabat.. NOR AMALINA BT ABDULLAH. walaupun usia masih muda dia telah menyahut seruan alahi. Arwah dikatakan menghidap kanser daging. sepanjang mengebali arwah beliau merupakan seorang yang baik dan mengambil berat.. pernah suatu ketika kami pernah tinggal bersama di rumah sewa bersama-sama. kenangan bersama arwah tidak akan saya lupakan. AL-FATIHAH buat Amalina semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga keluarga Amalina sabar dan tenang dengan pemergian beliau.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukanTuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati